Assalamualaikum.
Tahniah kepada diri sendiri kerana mempunyai blog yang kaya dengan sawang. Kalau orang lain sibuk bekerja dan belajar, aku sibuk...err, takda apalah. Pergh, malas betul nak
blogging sekarang. Tapi bila pikir-pikir balik, cukup-cukupla aku jadi katak di bawah tempurung sebab takda Facebook. Kalau blog pon aku aku takda, mungkin jadi burung di bawah sangkar. Err, ini peribahasa baharu okay.
Orite, ilmiah tak tajuk
entry aku? Keh keh keh. Sebenarnya, aku agak 'kagum' dengan sesetengah masyarakat kita yang bijak membuat spekulasi atau tanggapan sendiri sebelum mengetahui situasi atau perkara yang sebenar. Maaflah, aku memang dididik menulis ayat SPM ya. Hihihi.
Agak-agak aku dapat imbuhan tak sebab promote Jus Mate 5 ?
Contoh paling
simple, Farid yang gemuk tetiba jadi
slim tak bermakna dia dapat tarik marijuana atau ganja. Tak payah jugak nak tuduh dia membela ke apa. Ada kemungkinan dia amalkan Jus Mate 5 Doktor Rozmey. Ataupun mungkin dia dapat hidayah supaya makan ikut piramid makanan. Tapi bila aku tanya Farid, dia cakap dia puasa setiap hari Isnin dan Khamis.
Lepas tu mangsa seterusnya Cik Kiah, jiran belakang rumah korang tu tetiba jadi cantik berseri dan nampak muda. Kesian Cik Kiah, punyalah gigih dia pakai Safi Rania Gold dengan Simply Siti, sekali korang tuduh dia pakai susuk. Hoissh, dosadosadosa tau tak ?
Bak kata omputih yang di-
translate-kan, janganlah menilai sesebuah buku dengan melihat kulitnya sahaja.
Maka, cukup-cukuplah dengan spekulasi yang tak bertauliah tuuuu. Kalau memang suka sangat buat spekulasi ke arah kesesatan yang hakiki, aku syorkan amiklah jurusan undang-undang jadi
lawyer.
At least, tau jugak nak buat spekulasi berdasarkan bukti ye tak ?
P/S ;
Migraine ouh.